Wednesday, September 9, 2015

Destinasi Pelancongan : Taman Negara

žTaman Negara ialah Kawasan Dilindungi pertama dan tertua di negara ini, nama asal taman ini ialah Taman Negara King George V. Diisytiharkan pada tahun 1938 oleh Sultan-Sultan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu (semasa Jubli Perak King George), ia telah diwartakan untuk memelihara alam semula jadi kawasan ini. Taman ini telah dinamakan semula sebagai Taman Negara selepas negara memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957.

žAktiviti paling popular di Taman Negara ialah berakit di sungai dan berjalan di dalam hutan. Berjalan di bawah kanopi hutan, memberikan pemandangan jarak dekat aktiviti di dalam hutan hujan. Tempat memerhati haiwan liar juga dilakukan di dalam pondok yang dibina tinggi dari atas tanah, membolehkan pelawat bermalam untuk memerhatikan haiwan dalam habitat semula jadi mereka. Eksplorasi gua juga tersedia, sama ada dengan menaiki bot atau berjalan kaki.


žTaman Negara sebenarnya merupakan salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia, dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kepelbagaian alam semula jadinya menjadikannya sebuah ekosistem paling kompleks dan terkaya di dunia.žTaman Negara sebenarnya merupakan salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia, dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kepelbagaian alam semula jadinya menjadikannya sebuah ekosistem paling kompleks dan terkaya di dunia.



žMenaiki Bot
žTempat persinggahan untuk lawatan ke taman ini ialah Kuala Tembeling, 3 jam perjalanan menaiki bot yang membawa anda ke Kuala Tahan pada jam 9 pagi dan 3 petang setiap hari, kecuali pada hari Jumaat apabila waktu berlepas tengahari ialah pada 2.30 petang. Resort Mutiara Taman Negara juga menyediakan perkhidmatan bot laju yang mengambil masa hanya 45 minit untuk tiba di Kuala Tahan. Bot laju berlepas dari Kuala Tembeling pada jam 10.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari. Laluan paling mudah untuk ke Taman Negara ialah sama ada melalui Jerantut, perjalanan 3 jam dari Kuala Lumpur. Sekiranya anda memandu kenderaan pacuan empat roda, anda boleh ikut laluan pembalak untuk ke Kuala Tahan, di mana anda perlu menaiki bot merentasi Sungai Tahan untuk memasuki taman ini.

RESORT MUTIARA TAMAN NEGARA



Negaraku, Malaysia

Beberapa hari lagi, 31 Ogos 2015 bakal menjelang, menandakan sudah 58 tahun negaraki merdeka. Aku bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang aman damai.
        Terima kasih aku ucapkan khusus kepada para pemimpin negara yang terdahulu kerana kesungguhan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan negara kita. Selain itu, terima kasih juga kepada pemimpin kini. Pembangunan negara pada hari ini berkat usaha mereka. Sebagai rakyat yang mengenang budi, kita perlulah berpadu tenaga untuk menjayakan dasar dan program yang direncanakan oleh para pemimpin.
         Pengisian kemerdekaan negara sesungguhnya bergantung pada keharmonian, keamanan,keselamatan dan kedaulatantanah air . Oleh itu, sebagai rakyat yang cinta akan negara , kita mesti bersatu padu tanpa mengira agama dan keturunan. Hal ini berlaku kerana permuafakatan dan perpaduan menjadi landasan muhibah dan kedamaian nasional.
          Malaysia negara yang berdaulat merupakan lambang keutuhan semua rakyat.Di sinilah tempat tumpah darah kita.Kata pepatah ''di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung''. Apakah yang harus kita lakukan untuk membuktikan kecintaan kita kepada negara? Tepuk dada tanyalah selera.
           Akhir kata, Malaysia ialah milik dan tanggungjawab kita bersama. Kitalah yang akan menentukan hala tuju negara kita. Oleh yang demikian,  marilah kita bersatu hati memacu negara ke arah kecemerlangan.



Tuesday, November 9, 2010

Bunga Sudut


Bunga sudut saiz besar
-berpasu bakul
RM 50 +++++

Bunga Meja, Sudut dan Dinding untuk Hari Raya




Mari tempah sekarang..bunga meja, sudut dan bunga dinding untuk menyerikan rumah anda di Hari Raya Aidil Adha ini...
RM 35-RM50 sahaja
Harga bergantung pada jenis pasu..
Warna bunga dan jenis pasu boleh dipilih mengikut kegemaran anda.
Hubungi Miss Esya 03-91731980 / 017-2789851