Wednesday, September 9, 2015

Destinasi Pelancongan : Taman Negara

žTaman Negara ialah Kawasan Dilindungi pertama dan tertua di negara ini, nama asal taman ini ialah Taman Negara King George V. Diisytiharkan pada tahun 1938 oleh Sultan-Sultan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu (semasa Jubli Perak King George), ia telah diwartakan untuk memelihara alam semula jadi kawasan ini. Taman ini telah dinamakan semula sebagai Taman Negara selepas negara memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957.

žAktiviti paling popular di Taman Negara ialah berakit di sungai dan berjalan di dalam hutan. Berjalan di bawah kanopi hutan, memberikan pemandangan jarak dekat aktiviti di dalam hutan hujan. Tempat memerhati haiwan liar juga dilakukan di dalam pondok yang dibina tinggi dari atas tanah, membolehkan pelawat bermalam untuk memerhatikan haiwan dalam habitat semula jadi mereka. Eksplorasi gua juga tersedia, sama ada dengan menaiki bot atau berjalan kaki.


žTaman Negara sebenarnya merupakan salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia, dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kepelbagaian alam semula jadinya menjadikannya sebuah ekosistem paling kompleks dan terkaya di dunia.žTaman Negara sebenarnya merupakan salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia, dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kepelbagaian alam semula jadinya menjadikannya sebuah ekosistem paling kompleks dan terkaya di dunia.



žMenaiki Bot
žTempat persinggahan untuk lawatan ke taman ini ialah Kuala Tembeling, 3 jam perjalanan menaiki bot yang membawa anda ke Kuala Tahan pada jam 9 pagi dan 3 petang setiap hari, kecuali pada hari Jumaat apabila waktu berlepas tengahari ialah pada 2.30 petang. Resort Mutiara Taman Negara juga menyediakan perkhidmatan bot laju yang mengambil masa hanya 45 minit untuk tiba di Kuala Tahan. Bot laju berlepas dari Kuala Tembeling pada jam 10.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari. Laluan paling mudah untuk ke Taman Negara ialah sama ada melalui Jerantut, perjalanan 3 jam dari Kuala Lumpur. Sekiranya anda memandu kenderaan pacuan empat roda, anda boleh ikut laluan pembalak untuk ke Kuala Tahan, di mana anda perlu menaiki bot merentasi Sungai Tahan untuk memasuki taman ini.

RESORT MUTIARA TAMAN NEGARA



No comments:

Post a Comment