Terima kasih aku ucapkan khusus kepada para pemimpin negara yang terdahulu kerana kesungguhan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan negara kita. Selain itu, terima kasih juga kepada pemimpin kini. Pembangunan negara pada hari ini berkat usaha mereka. Sebagai rakyat yang mengenang budi, kita perlulah berpadu tenaga untuk menjayakan dasar dan program yang direncanakan oleh para pemimpin.
Pengisian kemerdekaan negara sesungguhnya bergantung pada keharmonian, keamanan,keselamatan dan kedaulatantanah air . Oleh itu, sebagai rakyat yang cinta akan negara , kita mesti bersatu padu tanpa mengira agama dan keturunan. Hal ini berlaku kerana permuafakatan dan perpaduan menjadi landasan muhibah dan kedamaian nasional.
Malaysia negara yang berdaulat merupakan lambang keutuhan semua rakyat.Di sinilah tempat tumpah darah kita.Kata pepatah ''di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung''. Apakah yang harus kita lakukan untuk membuktikan kecintaan kita kepada negara? Tepuk dada tanyalah selera.
Akhir kata, Malaysia ialah milik dan tanggungjawab kita bersama. Kitalah yang akan menentukan hala tuju negara kita. Oleh yang demikian, marilah kita bersatu hati memacu negara ke arah kecemerlangan.
Akhir kata, Malaysia ialah milik dan tanggungjawab kita bersama. Kitalah yang akan menentukan hala tuju negara kita. Oleh yang demikian, marilah kita bersatu hati memacu negara ke arah kecemerlangan.
No comments:
Post a Comment